|
May 17 (6 days ago)
|
|
Attn: Puan Kamariah Binti Nan
Assalamualaikum.
Jemaah Masjid Saiyidina Umar Al-Khattab sungguh berbesar hati melihat kunjungan
murid2 dari sekolah tuan (Sek.Keb.Cenderawasih Kuantan) mendirikan solat di
masjid kami kian bertambah. Syabas kami ucapkan atas didikan guru2 sekalian.
Sungguh pun demikian, jemaah masjid ingin mengemukakan satu cadangan agar Ustaz2 dan guru2 disiplin dapat memberi faham kepada murid2 yang hadir bagi menunaikan solat Jumaat supaya lebih berdisiplin. Terutamanya sewaktu khutbah dimulakan.
Jemaah dapati, ada murid2 yang terus menerus berbuat bising berbual semasa solat Jumaat sedang berlansung. Untuk membuktikan kesahihannya, silalah hadir sendiri (guru2 & ustaz) bersolat Jumaat di MSUAK.
Sebagai para pendidik, kami sangat2 berharap pihak tenaga pengajar SKCK dapat berbuat sesuatu bagi menangani masalah tersebut. Kita ke masjid ingin kekhusukan beribadat. Sama2lah kita berusaha.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum. Doa kami semoga pihak
tuan sihat dan berada di dalam
peliharaan dan lindungan Allah.
Kami pihak pengurusan sekolah dan
guru-guru khususnya Unit Disiplin, Bina Insan, dan Bimbingan Kaunseling
sentiasa memberi teguran, nasihat dan peringatan mengenai disiplin termasuk
adab sewaktu solat Jumaat dan Jemaah di masjid setiap kali perjumpaan dan
perhimpunan rasmi sekolah. Selain tindakan daripada pihak sekolah, pihak ibu
bapa dan penjaga juga harus memainkan peranan utama dalam hal ini dengan memberi
teguran dan nasihat kepada anak-anak mereka.
Tindakan
yang telah dibuat :
i)
11/1/2013 - Perhimpunan
/ Taklimat dengan murid
·
Tingkah laku /
Disiplin
ii)
16/1/2013 - Perjumpaan
aliran
·
Tahun 1 – 6
(Disiplin)
iii)
18/1/2013 - Tazkirah
·
Kelebihan
Menghadiri Majlis Ilmu
·
Adab – di
sekolah, di masjid atau ceramah ilmu
iv)
18/2/2013 - Guru Besar memberi taklimat mengenai
tingkah laku
/sikap
murid
v)
14/3/2013 - Taklimat
(Disiplin) Tahap 1 dan 2
vi)
1/4/2013 - Sikap
murid di sekolah dan di luar kawasan sekolah
vii)
21/5/2013 - Perjumpaan
tergempar
Murid
Lelaki Tahun 4, 5 dan 6 (Disiplin di masjid)
viii)
22/5/2013 - Perjumpaan
murid lelaki Tahun 1 – 3 (Disiplin di masjid)
ix)
23/5/2013 - Perjumpaan
Guru Besar dengan murid Tahun 4 dan 5
(Disiplin)
# Pihak sekolah sudah dan sentiasa
memberi nasihat, taklimat dan peringatan kepada murid-
murid mengenai tingkah laku disiplin dari masa ke semasa sepanjang
tahun.
Cadangan
pihak sekolah :-
1.
Mohon jasa baik
bapa dan penjaga yang membawa anak-anak ke masjid agar bersolat di saf
berhampiran dengan saf anak-anak mereka.
2.
Mohon bapa dan
penjaga memantau dan mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak-anak mereka
sendiri di masjid kerana guru-guru yang hadir bersolat tidak mempunyai kuasa
untuk mengambil tindakan kerana di luar tugasan guru. (Luar kawasan sekolah)
3.
Semua guru lelaki
tidak tinggal di perkampungan Cenderawasih, Kuantan tetapi sekali sekala mereka
ada datang bersolat Jumaat di masjid Saiyidina Umar Al-Khattab, Pkg
Cenderawasih, Kuantan.
Harapan kami agar masalah yang timbul
ini dapat diatasi bersama-sama dan tidak hanya menyerahkan bulat-bulat kepada
pihak sekolah demi kebaikan bersama. Amin.
No comments:
Post a Comment