Profil Sekolah
Monday, February 2, 2015
Friday, January 30, 2015
Thursday, January 29, 2015
Monday, January 26, 2015
MAULIDUL RASUL 2015
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2015
Tarikh : 23.01.2015
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 hingga 9.30 pagi
Tempat : Dataran Indah
Murid berkumpul di Dataran Indah
Alunan Selawat diketuai oleh Cikgu Sukairi
Ceramah Maulidul rasul disampaikan oleh Ustaz Aziz
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid Sekolah
Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1
Kuiz Tahap 2
Wednesday, January 14, 2015
PENDAFTRAN AKAUN ZOOM A
PENDAFTARAN ZOOM A SESI 2015 KINI DIBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR
- Yuran pendaftaran sebanyak RM20 setahun
- Dapatkan borang pendaftaran melalui Guru Penyelaras Bestari ( Pn. Suriyaty Samsudin) bagi yang berminat
- Penyertaan murid tahun 6 amatlah digalakkan
ORIENTASI TAHUN SATU 2015
HARI ORIENTASI MURID TAHUN SATU, PRA SEKOLAH DAN PRA INTEGRASI 2015
Tarikh : 27 Disember 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pg hingga 1 petang
Monday, December 29, 2014
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
KAMI TELAH BERPINDAH KE TAPAK BARU. www.secendra.com
Popular Posts
-
TARIKH : 13 NOVEMBER 2017 MASA : 9 PAGI TEMPAT : DATARAN INDAH, SK CENDERAWASIH KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI FOTO
-
Tarikh : 15 September 2020 Tempat : Di Dewan Sri Cendana dan di kelas masing-masing ALBUM GAMBAR


















.jpg)
