Warkah Guru Besar

         



KATA-KATA ALUAN TUAN GURU BESAR
EN. SAUDI BIN JAMIL

          Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam blog rasmi sekolah ini.

          Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang telah berjaya menghasilkan blog ini.
Selaku pentadbir dan  pemimpin sekolah ini, saya bersama-sama barisan guru penolong kanan sentiasa memberi sepenuh perhatian agar sekolah ini terus cemerlang dan saya yakin ia akan terus maju pada masa hadapan.

           Saya berharap kepada semua warga sekolah agar sentiasa berpegang teguh dengan visi dan misi sekolah bagi memastikan sekolah ini sentiasa ke hadapan.Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk merancang dan melaksanakan program-program strategik yang membolehkan anak-anak didik kita cemerlang. Ketika kita mengejar kecemerlangan jangan kita alpa untuk imbangkan dengan nilai-nilai akhlaq yang murni agar murid-murid sekolah ini seimbang dalam aspek akademik dan sahsiah.

           Diharapkan program-program akademik mahupun kokurikulum dan pemantapan sahsiah yang dilaksanakan di sekolah ini dapat memberi persediaan awal ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, prihatin terhadap masyarakat dan mampu menghadapi cabaran yang akan datang. Laman blog ini juga melambangkan  daya usaha dan kesediaan sekolah ini untuk mengisi visi, misi dan objektif sekolah dalam menghadapi alaf baru yang serba moden dan canggih. 

          Diharapkan blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi. 
Selamat datang dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman web sekolah ini. 

No comments:

  KAMI TELAH BERPINDAH KE TAPAK BARU. www.secendra.com

Popular Posts